Google Chrome kini telah menambah sebuah ciri baru melalui kemaskini Chrome 89, iaitu kebolehan menyimpan sesuatu halaman web untuk bacaan kemudian masa.

Ciri ini ditawarkan sebagai pelengkap kepada ciri “Bookmark” atau penanda halaman, dan lebih memfokuskan untuk memudahkan pengguna menyimpan sesuatu halaman untuk bacaan, dan membuangnya kemudian.

Untuk mengaksesnya, pengguna hanya perlu menekan ikon bintang pada bar alamat, dan kemudian memilih “Add to Reading List” atau “Tambahkan Pada Senarai Bacaan”.

Seterusnya, anda boleh mengakses halaman yang disimpan ini melalui bar penanda halaman pada pelayar web anda.

Menariknya, ia turut dikategorikan secara automatik sama ada anda telah baca atau tidak mengikut anda klik selepas menyimpan sesuatu halaman berkenaan.

Bagi anda yang menggunakan Google Chrome, anda boleh mencuba ciri ini pada pelayar web desktop anda hari ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.