TechSemut Malaysia

Google Dalam Persiapan Memperkenalkan Rekaan Antaramuka Baru Untuk Chrome

Google Dalam Persiapan Memperkenalkan Rekaan Antaramuka Baru Untuk Chrome

Google Dalam Persiapan Memperkenalkan Rekaan Antaramuka Baru Untuk Chrome
Julai 11
18:31 2018

Google Chrome kini merupakan salah satu pelayar web utama yang digunakan secara meluas oleh pengguna seluruh dunia. Pihak pembangun pelayar web berkenaan nampaknya kini dalam persiapan untuk memperkenalkan rekaan antaramuka baru – dan telah mula mengujinya melalui Chrome Canary.

Rekaan antaramuka baru ini selari dengan format rekaan Material Design yang diimplementasikan oleh Google pada produk mereka.

Chrome Baru

Antara perubahan yang tampak jelas adalah pada bahagian susunan tab, dimana ia kini menawarkan paparan lebih ceria dan bersaiz sedikit besar berbanding sebelum ini. Rekaan setiap bahagian tab juga membawakan rekaan dengan bucu berbentuk bulat dan bukannya bersegi seperti sebelum ini.

Rekaan baru ini diuji pada Chrome Canary bermula hari ini, dan dijangka hadir ke versi akhir pelayar web Chrome dalam beberapa bulan lagi.

Muat-Turun Google Chrome Canary

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com