Berita Menarik

Google Dilaporkan Sedang Membangunkan Cip Pemprosesan Mereka Sendiri Untuk Peranti Pixel Masa Hadapan

Pembaca : 15
0 0

Sejak peranti Google Pixel pertama diperkenalkan pada Oktober 2016, ia telah dikuasakan oleh siri cip pemprosesan utama keluaran Qualcomm sehingga kini. Cip tersebut, yang dinamakan Qualcomm Snapdragon boleh dikatakan standard piawaian untuk semua peranti kelas mercu di dunia.

Hari ini, laman web Axios  telah melaporkan bahawa Google sedang membangunkan cip pemprosesan mereka sendiri yang mungkin akan digunakan untuk menguasakan peranti Pixel mereka pada tahun hadapan.

Cip pemprosesan tersebut diberi nama Whitechapel dan Google nampaknya sedang bekerjasama dengan Samsung untuk tujuan pembangunan tersebut kerana proses 5nm mereka yang boleh membantu dari segi pembangunan cip yang bukan sahaja cekap dari segi prestasi dan penggunaan kuasa, tetapi juga teknologi tambahan.

Butiran khusus yang diketahui mengenai cip Whitechapel buat masa ini ialah ia sebuah CPU ARM yang mempunyai lapan teras, dan juga akan memfokuskan kepada teknologi pembelajaran mesin dan kebolehan dan kecekapan  penggunaan Google Assistant pada mod “Always On”.

Lebih menarik lagi, Google juga dikatakan akan mensasarkan penggunaan Whitechapel ini untuk peranti Chromebook mereka, tetapi buat masa ini mereka masih belum mengesahkan apa-apa butiran langsung mengenai cip terbaru ini.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.