Terdapat banyak jenis peranti boleh pakai berada di pasaran sekarang. Dari penjejak kesihatan dalam bentuk gelang tangan seperti Mi Band, jam tangan pintar asas seperti Mi Watch, atau juga jam tangan pintar sebenar seperti Apple Watch atau TicWatch yang menjalankan Wear OS.

Kebanyakan jam ini sudah cukup pintar dalam membantu pengguna terus kekal sihat. Antaranya mampu mengesan jika pengguna ingin memulakan senaman atau bersukan, memberi tips kesihatan, mencadangkan aktiviti dan banyak lagi.

Terkini, seorang pengguna di Reddit telah menemui yang apabila baru sahaja selesai melakukan aktiviti – Wear OS cukup pintar untuk mengenalpasti jika sesuatu aktiviti itu sudah tamat. Fungsi ini dilihat terhad kepada aplikasi Google Fit yang sedia terpasang dalam jam tangan Wear OS. Sebelum ini, setiap aktiviti yang telah dilakukan pengguna sendiri perlu menamatkan mod bersukan. Jadi dengan kemampuan yang lebih pintar ini, harapnya pengguna boleh lebih cenderung ke arah kesihatan.

Saya cuba berlari dalam rumah sambil mengaktifkan mod sukan dalam TicWatch Pro 3. Tetapi mod ini masih berterusan walaupun sudah dikemaskini ke versi terkini. Jadi mungkin, ini adalah ujian dari bahagian pelayan – yang mana pengguna terpilih sahaja dapat mengujinya. Apa kata anda dengan fungsi ini?

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.