Google kembali ke China?

Share Button

Lapan tahun lalu gergasi teknologi, Google meninggalkan pasaran China gara-gara penapisan dan penggodaman. Kini, ia bersedia untuk pulang.

Menurut laporan AFP, Google sedang menyediakan sebuah aplikasi enjin carian yang akan menapis kandungan yang kerajaan China tidak benarkan dalam hasil carian yang disenaraihitamkan negara itu.

Dibina untuk platform Android, aplikasi itu dikatakan sudahpun dipersembahkan kepada pihak berkuasa di China.

Memang banyak syarikat teknologi barat terpaksa berusaha keras untuk menempuh pasaran China yang terkenal dengan penapisan dan juga penggodaman. Pada tahun 2010, Google sendiri menjadi mangsa apabila akaun-akaun Gmail milik aktivis kemanusiaan di sana, digodam.

Namun berita paling mutakhir diterima mengatakan, semua ini tidak benar. China Securities Daily melaporkan hari ini bahawa berita yang disiarkan oleh media The Intercept itu adalah khabar angin semata.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.