TechSemut Malaysia

Google Kini Memudahkan Pencarian Pekerjaan Terus Melalui Enjin Carian Mereka

Google Kini Memudahkan Pencarian Pekerjaan Terus Melalui Enjin Carian Mereka

Google Kini Memudahkan Pencarian Pekerjaan Terus Melalui Enjin Carian Mereka
Mei 17
21:21 2017

Google melalui Knowledge Graph sedia memudahkan proses carian dengan memaparkan info yang sepatutnya terus pada hasil carian tanpa anda perlu membuka sebarang pautan. Sebagai contoh, anda boleh membuat carian nama artis dan melihat info ringkas, membuat perubahan semakan mata wang, menyemak skor pasukan sukan kegemaran, melihat emel terkini pada GMail, dan sebagainya.

Kini, melangkah setapak kehadapan lagi, Google turut mengintegrasikan kemudahan untuk menyemak carian perkejaan mengikut kriteria anda terus melalui hasil carian. Google menamakan perkara ini sebagai Google For Jobs.

Google For Jobs

Melalui Google For Jobs, gergasi carian tersebut bekerjasama dengan sejumlah syarikat, termasuk seperti LinkedIn, Monster dan sebagainya. Pengguna boleh membuat carian pekerjaan pada enjin carian Google, dan mereka akan dipaparkan dengan pekerjaan yang sesuai berdasarkan lokasi dan sebagainya.

Pengguna juga turut boleh mengaktifkan sokongan notifikasi – membolehkan mereka menerima emel notifikasi sekiranya terdapat syarikat baru yang memerlukan pekerja dan sebagainya.

Google for Jobs ini hanya diumumkan untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja buat masa ini, dan mungkin mengambil sedikit masa sebelum dilancarkan untuk pasaran tempatan.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com