Banyak kemaskini berlaku pada aplikasi Google Maps pada tahun lepas. Bulan Februari 2020, Google menyambut ulang tahu ke-15 Google Maps. Kemudian, Go Tab iaitu akses pintas arahan selok-belok lokasi kegemaran, Google Maps menambah ciri ikon lampu isyarat trafik, , memperlihatkan penularan wabak Covid-19, hadir dengan mod memandu dan banyak lagi.

Baru-baru inni, Google Maps dikemaskini dengan maklumat lorong yang lebih terperinci. Maklumat seperti petanda lorong pejalan kaki, nombor bangunan, lebar jalan, sudut melengkung, rumput tepi jalan, dan banyak lagi. Fungsi ini dikatakan akan memudahkan pejalan kaki serta mereka yang kurang upaya lebih mudah merancang perjalanan.

Maklumat seperti lorong yang lebar, kawasan bertangga akan diwarnakan agar mudah pengguna bezakan. Kemaskini ini dilihat ditawarkan dari segi kemaskini bahagian pelayan. Ia juga terhad kepada bandar Central London (UK), Newe York dan San Francisco (USA) dan di Central Tokyo, Jepun. Kemaskini ini selari dengan maklumat dan visual yang lebih terperinci yang ditawarkan pada Google Maps tahun lepas.

Tidak pasti bila ia akan ditawarkan kepada pengguna tempatan. Tetapi pasti lewat lagi.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.