Google Maps Kini Menunjukkan Tahap Kesesakan Dan Kelewatan Pengangkutan Awam

Kerajaan telah membelanjakan berbilion ringgit bagi menaik taraf sistem pengangkutan awam negara terutamanya di ibu negara. Namun begitu sambutan ke atas sistem MRT dilihat agak dingin kerana rakyat Malaysia masih lebih selesa memandu nak meredah kesesakan lalu lintas. Bagi mereka yang memanfaatkan prasarana yang dibina, tahan kesesakan kereta api dan bas kini boleh dilihat terus dari Google Maps.

Google Maps kini akan menunjukkan kelewatan sistem pengangkutan bas secara masa nyata. Untuk stesen kereta api pula Maps akan menunjukkan tahap kesesakan di platform. Dengan dua maklumat baharu ini, pengguna akan dapat merancang perjalanan dengan lebih tepat bagi mengelakkan kelewatan. Dua fungsi baharu ini boleh digunakan pada aplikasi Android dan iOS di 200 kota raya utama dunia hari ini. Malang sekali ia masih belum diaktifkan di Malaysia.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.