Google Maps Menambah Sokongan Seakan Waze – Boleh Melaporkan Kemalangan & Perangkap Kelajuan

Enam tahun lalu, Google telah mengambil-alih Waze, agar membantu pembangunan Google Maps. Jika anda perasan, hari demi hari semakin lama banyak fungsi yang sudah lama diperkenalkan pada Waze sudah pun hadir pada Google Maps.

Terkini, Google Maps menambah sokongan melaporkan kesesakan lalu lintas, kemalangan dan juga perangkap kelajuan. Selain itu, Google turut menambah kemampuan membuat laporan lain seperti; pembinaan jalan raya, penutupan laluan, kereta yang berhenti di tepi jalan atau juga halangan-halangan seperti cebisan dari kemalangan. Pengguna hanya perlu tekan ikon “+” dan pilih “Add to report”.

Fungsi ini akan diedarkan kepada semua pengguna Android dan iOS secara global, bermula minggu ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.