Google Meet Akan Mengehadkan Masa Perjumpaan Pengguna Percuma Ke 60 Minit

Pada pertengahan tahun ini, kami ada melaporkan bahawa Google telah membolehkan pengguna percuma untuk mengakses ciri panggilan tanpa had seramai 100 peserta secara percuma sehingga 30 September.

Tarikh 30 september tersebut semakin hampir, dan Google nampaknya tidak akan membuat sebarang perubahan dari segi keputusan untuk mengakhiri promosi panggilan percuma tersebut.

Selepas tarikh tersebut, setiap panggilan telesidang Google Meet untuk pengguna percuma adalah terhad kepada 60 minit sahaja untuk satu sesi, dan untuk mengakses ciri panggilan tanpa had, pengguna haruslah melanggan pakej Google Meet berbayar.

Google sebelum ini memberi pengguna pilihan telesidang tidak terhad kerana wabak COVID-19 yang membelenggu semua syarikat dan para pekerja di dunia. Penggunaan perisian-perisian telesidang seperti Google Meet, Microsoft Teams dan juga Zoom telah sedikit sebanyak membantu syarikat-syarikat yang terkesan dengan perintah kawalan pergerakan di seluruh dunia.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*