Google telah menawarkan versi pembangunan Android P sejak beberapa bulan lepas. Hari ini, Google telah pun melancarkan Android P Beta 4 – sekaligus menjadikan ia versi pembangunan terakhir sebelum pelancaran rasmi Android P tidak lama lagi.

Android P bakal menyertakan sejumlah sokongan baru, termasuk integrasi kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin dengan lebih menyeluruh, termasuk untuk pengoptimasian bateri dan juga kadar kecerahan skrin.

Pada masa yang sama, Google juga akan menyediakan sebuah halaman khusus pada Android dalam mengawal tabiat penggunaan peranti anda, dan mengehadkan anda daripada membuka sejumlah aplikasi untuk tempoh yang lama.

Beberapa peranti baru telah sedia menyatakan hasrat untuk mengemaskini peranti mereka dengan perisian terbaru. Kita mungkin mendengar lanjut mengenai nama akhir Android P, dan fungsi keseluruhan yang dibawa oleh sistem operasi ini dalam minggu-minggu akan datang.

Bagi anda sendiri, apakah anda rasakan akan menjadi nama akhir Android P ini?

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.