Jika anda memiliki sebarang peranti iOS dan menggunakan akaun Google untuk pelbagai aplikasinya, anda kini boleh menggunakan kunci sekuriti fizikal untuk menggantikan ciri pengesahan dwi-faktor melalui SMS ataupun e-mel pada peranti tersebut.

Melalui laman blog Google, mereka telah mengemaskini dan memudahkan cara untuk menggunakan kunci sekuriti fizikal ini pada peranti Apple yang menggunakan sistem operasi iOS 13.3 dan keatas.

Melalui versi sistem operasi tersebut yang dilancarkan pada bulan Disember lepas, Apple telah menambahkan kemampuan peranti-peranti mereka untuk menggunakan pelbagai jenis kunci sekuriti fizikal, termasukklah yang menggunakan NFC, USB-C dan Lightning.

Lebih menarik lagi, pengguna juga tidak perlu menggunakan aplikasi Smart Lock yang sebelum ini diperlukan untuk menggunakan kunci-kunci tersebut. Kemaskini ini tiba untuk semua pengguna bermula hari ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.