Google Memaksa OnePlus Mengingkari Perjanjian Dengan Epic Games

Google dan Apple bersama-sama sedang berperang dengan Fortnite. Ia bermula apabila Epic Games berjaya memintas sistem pembayaran di App Store, Apple dan Google kemudian membuang permua Fornite dari gudang aplikasi masing-masing. Semua sedia maklum yang tujuan Epic Games memintas sistem pembayaran ini adalah kerana ingin mengaut keuntungan sendiri dan tidak ingin membayar peratusan kepada Apple dan Google menerusi sistem pembayaran dalam Play Store atau App Store.

Terkini, lebih dahsyat – Epic Games mendakwa yang Google telah memaksa OnePlus agar mereka mengingkari perjanjian yang telah mereka tandatangani. Perjanjian ini adalah untuk pengguna OnePlus mudah memasang apa jua permua/aplikasi dari Epic Games melalui satu aplikasi khas. Perkara ini secara tidak langsung menjejaskan perniagaan antara Epic Games dan OnePlus. Bukan itu sahaja, Google turut didakwa mengarahkan LG untuk tidak membenarkan LG memasang Fortnite terus terbina pada peranti mereka.

Bagi Epic Games adalah tidak adil untuk mereka membayar jumlah wang yang tinggi kepada Google dan Apple. Disebabkan itu mereka membangunkan sistem pembayaran tersendiri agar pengguna akan terus membayar ke Epic Games. Dalam hal ini, iaitu anti-monopoli – Spotify turut menyokong Epic Games.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*