Google Membawakan Fungsi “Live Caption” Kepada Pixel 3 & Pixel 3a Dalam Kemaskini Disember

Hari ini, Pixel 3 dan Pixel 3a mula menerima kemaskini tampalan sekuriti bulanan Disember 2019. Google bukan sahaja menampal pepijat dan membaiki masalah, kini fungsi yang ramai inginkan – “Live Caption” sudah tiba ke semua barisan Pixel 3 dan Pixel 3a.

Fungsi ini mula diperkenalkan sejak Android 10 diumumkan. Namun hanya terhad kepada Pixel 4 sahaja. Bagi peranti lain, hanya dengan modifikasi melalui root sahaja yang boleh menggunakannya. Dengan kemaskini rasmi ini, pengguna boleh bebas dari root dan gunakan fungsi paling pintar ini.

Bagi yang tidak pasti apa yang “Live Caption” boleh lakukan adalah, ia menjana sarikata pada mana-mana video yang dimainkan di peranti. Tidak kira Netflix, YouTube, VLC, rakaman video sendiri dan lain-lain, ia boleh menjana sarikata dengan tepat. Tetapi, hanya bahasa Inggeris sahaja yang disokong sekarang.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.