ADT merupakan salah satu firma yang terkenal dengan penawaran sekuriti dan keselamatan untuk perumahan. Hari ini, Google membuat kejutan dengan mengumumkan mereka akan melabur sebanyak $450 juta pada ADT.

Dengan pelaburan ini, ADT akan mula mengintegrasikan penawaran produk Nest yang dimiliki oleh Google dalam pemasangan sistem ADT.

Langkah ini sekaligus membolehkan produk Nest seperti kamera, loceng pintu dan sebagainya akan ditawarkan untuk pemasangan dan perkhidmatan ADT. Pada masa yang sama, kedua-dua firma juga akan bekerjasama dalam pembangunan produk dan teknologi pada masa akan datang.

Dengan pelaburan baru ini, Google akan mempunyai pegangan sebanyak 6.6% pada ADT.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.