TechSemut Malaysia

Google Mempatenkan Komputer Riba Dengan Skrin Yang Bergerak Mengikut Orientasi Wajah Pengguna

Google Mempatenkan Komputer Riba Dengan Skrin Yang Bergerak Mengikut Orientasi Wajah Pengguna

Google Mempatenkan Komputer Riba Dengan Skrin Yang Bergerak Mengikut Orientasi Wajah Pengguna
November 27
09:21 2017

Majoriti komputer riba di pasaran masih lagi menggunakan skrin IPS LCD dan TFT. Masalah paling biasa dialami oleh pengguna komputer riba ialah skrin yang perlu digerakkan ke depan dan ke belakang bagi mendapatkan paparan paling terang. Ini membuatkan proses bekerja menggunakan komputer riba sedikit terganggu. Google mungkin mempunyai penyelesaian kepada masalah ini dan telah mempatenkannya.

Melalui paten yang difailkan, skrin pada komputer riba akan bergerak mengikut orientasi wajah pengguna. Ia secara automatik melaraskan sudut skrin bagi memberikan paparan paling jelas kepada pengguna. Sensor pada bahagian penutup akan sentiasa mengesan kedudukan kepala pengguna. Motor elektrik pada penutup pula akan melakukan pembetulan sudut mengikut keperluan. Google turut mempatenkan sistem motor yang digunakan bagi merealisasikan paten ini. Idea yang menarik tetapi sudah pasti akan meningkatkan harga jualan komputer riba yang dihasilkan kelak.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com