Langgan YouTube TV

Google baru sahaja melancarkan YouTube TV di mana membolehkan pengguna menonton TV secara streaming di laman YouTube. Buat masa ini ianya hanya boleh ditonton di US sahaja dengan langganan USD35 sebulan untuk 44 saluran popular termasuk  ABC, CBS, FOX, NBC, ESPN dan banyak lagi. Setiap langganan YouTube TV juga akan disertai dengan rancangan dan movie eksklusif YouTube RED secara percuma.

Langganan YouTube TV juga akan disertakan dengan Cloud DVR dengan ruang kapasiti yang tiada had. Ia membolehkan siaran lansung, rancangan atau movie kegemaran dirakam dan di simpan di Cloud DVR untuk tontonan kemudian hari. Setiap langganan Youtube TV juga akan diberikan akses sehingga enam akaun dengan ruang Cloud DVR tersendiri untuk setiap akaun.

Seperti biasa, YouTube TV boleh digunakan untuk kesemua jenis peranti termasuk smartphone, tablet mahu pun PC. Untuk tontonan di kaca TV, bolehlah menyambungnya menggunakan Chromecast melalui port HDMI. Buat masa ini, YouTube TV hanya boleh dilanggan di US sahaja dengan komitmen bulanan USD35. Untuk negara lain masih lagi belum diketahui.

Sumber : YouTube

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.