TechSemut Malaysia

Google Memudahkan Lagi Proses Untuk Anda Menyimpan Dan Muat-Turun Sesuatu Halaman Web

Google Memudahkan Lagi Proses Untuk Anda Menyimpan Dan Muat-Turun Sesuatu Halaman Web

Google Memudahkan Lagi Proses Untuk Anda Menyimpan Dan Muat-Turun Sesuatu Halaman Web
Mei 08
23:45 2017

Google melalui Chrome untuk peranti mudah-alih sedia menawarkan sokongan muat-turun sesuatu laman web sejak daripada penghujung tahun lepas. Kini, pihak Google memudahkan lagi proses berkenaan, sekaligus membolehkan pengguna mengakses dan membaca sesuatu halaman ketika tiada sambungan talian internet.

Sebelum ini, sekiranya penguna ingin menyimpan sesuatu web untuk diakses secara luar-talian, mereka perlu tap pada menu, dan memilih untuk memuat-turunnya. Kini, proses berkenaan dimudahkan lagi, dimana anda boleh tap untuk seketika pada pautan yang anda ingin simpan, dan memilih pilihan “Download Link”.

Chrome Android

Disamping itu, halaman tab baru juga kini memaparkan halaman web yang telah anda muat-turun dan boleh dibaca terus melalui Chrome.

Ciri baru ini semestinya diminati ramai, dan anda tidak lagi memerlukan aplikasi alternatif seperti Pocket untuk melakukannya.

Bagi anda yang menggunakan Chrome di Android, boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini dan menikmati ciri baru ini.

Muat-Turun Chrome untuk Android

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com