Google Mengacah Telefon Pintar Akan Datang Mereka – Pixel 4

Beberapa hari lepas, kita telah melihat gambar pengolokkan awal hadir ke arena internet, memperlihatkan secara kasar bagaimanakah telefon pintar mercu daripada Google yang seterusnya, iaitu Pixel 4 akan kelihatan. Menariknya, kini pihak Google sendiri mengambil langkah untuk meneruskan hype peranti berkenaan, dan mengacah ia melalui akaun rasmi mereka.

Google Pixel 4

Daripada gambar yang dikongsikan Google, ia memperlihatkan rekaan kamera dwi-kamera belakang – selain penyertaan sebuah sensor kecil, berkemungkinan sensor ToF.

Walaupun Google telah mula mengacahnya, namun ia masih beberapa bulan lagi sebelum Google melancarkan telefon mercu mereka. Ini sekaligus membawa kepada sejumlah pertanyaan, sama ada pihak Google hanya meneruskan dengan rekaan berkenaan, atau sekadar “bermain-main” dengan pengguna sahaja buat masa ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.