Google Mengambil Bekas Kakitangan Intel Dan Qualcomm Dalam Usaha Membangunkan Cip Rekaan Sendiri

Apple telah membangunkan pemproses mereka sendiri yang kini adalah yang terpantas pada peranti mudah alih. Kini mereka turut membangunkan modem rekaan sendiri bagi mengelakkan masalah yang berlaku dengan Qualcomm dari berulang. Terkini Google juga dilihat sedang meningkatkan usaha membangunkan cip mereka sendiri dengan membuka pusat penyelidikan di Bengaluru, India.

Menurut laporan Reuters, pusat ini menggaji 16 bekas kakitangan bahagian pembangunan cip dari Intel, Qualcomm, Broadcom dan Nvidia. Pasukan ini dipercayai akan meningkat ke 80 orang kakitangan menjelang penghujung 2019. Google telah mereka cip mereka sendiri untuk pelayan dan juga Pixel Visual Core yang memproses gambar.

Langkah seterusnya mungkin adalah cip pemproses mereka sendiri sama seperti yang dilakukan oleh Apple. Ini kemudian akan digunakan pada telefon, speaker, skrin dan bermacam-macam peranti rekaan Google di masa hadapan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.