Berita Menarik

Google Mengemaskini Papan Pemuka Google Account

Pembaca : 11
0 0

Google Account adalah papan pemuka untuk pengguna menguruskan akaun Google mereka. Dengan pengenalan kepada rekaan panel log masuk baru pada awal bulan lalu – Google kini mengemaskini papan pemuka Google Account dengan rekaan baru dan juga beberapa fungsi menarik.

Papan pemuka ini akan memudahkan pengguna untuk menguruskan peranti pintar mereka yang diselarikan dengan akaun Google, cara pembayaran, langganan, sejarah belian dan kenalan. Antara fungsi baru adalah carian tetapan, pengoptimasian terhadap semakan dan kawalan akaun dan juga bantuan untuk menguruskan akaun yang lebih baik. Melalui panel “Data & Personalization”, pengguna akan lebih mudah untuk lihat aktiviti akaun, memilih data apa untuk disimpan dan melalui  “Privacy Checkup” pula, pengguna akan mempunyai kawalan terhadap tetapan peribadi atau sekuriti.

Google juga turut menambah baik “Security Checkup” dengan mencadangkan pengguna untuk memadam akaun Google pada peranti lama atau memberi peringatan untuk membuang aplikasi yang tidak diiktiraf.

Menurut Google, papan pemuka baru Google Account ini sudah pun  hadir untuk semua pengguna Android. Bagi pengguna iOS dan laman web pula, ia akan hadir tidak lama lagi.

Lawati Papan Pemuka Google Account Baru Di Sini

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.