Google Mengesahkan Kebolehan iPhone Menyimpan Gambar Asal Berformat HEIC Adalah Satu Pepijat, Akan Diperbetulkan Tidak Lama Lagi

Pada minggu lepas, kami ada melaporkan bahawa pengguna iPhone boleh menyimpan gambar bersaiz asal didalam format HEIC secara tanpa had, manakala pengguna peranti Google Pixel 4 tidak lagi hadir dengan ciri tersebut.

Nampaknya “ciri” tersebut rupanya adalah sebuah pepijat dari pihak Google, kerana mereka baru sahaja mengesahkan bahawa penyimpanan gambar bersaiz asal, tidak kira format sepatutnya menggunakan storan terhad Google Photo, dan bukan storan tanpa had.

Android Police melaporkan perkara tersebut, dan nampaknya walaupun gambar berformat HEIC mempunyai saiz fail yang jauh lebih kecil daripada format JPEG, Google masih tetap dengan pendirian mereka bahawa gambar dengan resolusi lebih besar daripada 6MP akan perlu menggunakan storan terhad tersebut, dimana mereka boleh perbanyakkan lagi melalui pelan Google One.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.