Google Menghimpunkan Data Lokasi Untuk Memperlihatkan Perubahan Corak Pergerakan Orang Ketika PKP

Disebabkan oleh penularan wabak Covid-19 pada peringkat global, pelbagai negarai telah mula kuarantin dan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selari dengannya, kini Google menghimpunkan data lokasi pergerakan pengguna, dan memperlihatkan bagaimana pergerakan berubah – serta menunjukkan peratusan kepatuhan pengguna terhadap PKP ini.

Google menghimpunkan data ini secara awanama daripada telefon pintar pengguna – sekaligus memperlihatkan corak pergerakan pengguna dalam tempoh PKP ini. Melalui laporan yang disediakan oleh Google ini, ia membahagikan paparan kepada enam kategori, iaitu:
Beli-belah dan rekreasi – Meliputi restoran, kafe, pusat beli-belah, taman tema, muzium dan sebagainya
Runcit dan Farmasi – Meliputi pergerakan ke kedai runcit, pasar, farmasi dan sebagainya
Taman – Meliputi pergerakan ke taman awam, taman negara, tepi pantai, dan sebagainya
Transit – Meliputi pengangkutan awam, dan hab pengangkutan
Tempat Kerja – Pergerakan orang ramai ke tempat kerja dan pejabat
Perumahan – Pergerakan orang ramai ke kawasan perumahan.

Google Data Lokasi

Google Data Lokasi

Google memaparkan data ini dalam bentuk yang mudah difahami – sama ada ia meningkat atau menurun. Daripada data untuk Malaysia sendiri, pelbagai pergerakan memperlihatkan menurun, kecuali ke kawasan perumahan yang meningkat drastik berbanding sebelum-sebelum ini.

Google dijangka menambah data ini dengan pelbagai informasi tambahan dalam membantu pihak berkuasa memahami lagi berkenaan pergerakan orang ramai ketika musim wabak Covid-19 ini.

Semak : Google COVID-19 Community Mobility

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*