Google Menguji Kemampuan Memadam Perkataan Dengan Lebih Laju Buat Gboard

Hari ini, Google telah secara rasminya mengumumkan pelekat Mini’s untuk Gboard yang turut hadir dengan emoji dengan rekaan baru. Terbaru, seorang pembangun dari XDA menemui satu kod yang boleh mengubah kelajuan memadam perkataan dalam Gboard.

Pembangun ini turut berjaya mengaktifkannya. Daripada video demo yang dipertontonkan, akan terdapat satu bar yang boleh dilaraskan untuk mengubah kelajuan perkataan yang dipadam. Fungsi ini dilihat adalah sangat berguna jika digunakan untuk memadam ayat, atau perenggan panjang yang penuh kesilapan yang pasti menyesal jika tidak semak.

Buat masa ini, ia masih lagi dalam ujian dan tidak pasti bila Google akan mula aktifkannya dalam Gboard yang sedia ada.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.