Google Menutup Spotlight Stories Yang Menghasilkan Filem Realiti Maya

Masihkah anda ingat suatu ketika dahulu realiti maya dilihat sebagai masa hadapan teknologi pada peranti mudah alih. Pelbagai pengeluar menghasilkan peranti realiti maya seperti Galaxy Gear VR dan Google Daydream. Bagi memenuhi keperluan kandungan realiti maya, Spotlight Stories menghasilkan pelbagai filem realiti maya yang ada menerima pencalonan Oscar.

Studio Spotlight Strories ini ditutup selepas enam tahun beroperasi dan menghasilkan 13 filem. Sebab penutupan tidak diberikan tetapi kakitangan syarikat diberikan peluang mencari pekerjaan baharu di dalam Google. Antara filem yang menarik ialah yang pandangan belakang tabir pembikinan filem henti-gerak Isle of Dog tahun lalu yang ditawarkan secara percuma.

Sejak sokongan realiti maya diberikan kepada peranti pintar, ia tidak pernah berkembang kepada penggunaan yang lebih praktikal. Realiti maya kini perlahan-lahan digantikan pula oleh teknologi realiti terimbuh yang mempunyai nilai komersial lebih tinggi.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.