Berita Menarik

Google Mula Menjual Penyesuai Bicu Audio Versi Baru

Pembaca : 9
0 0

Pada tahun lepas sewaktu pelancaran Google Pixel 2, Google turut menjual penyesuai bicu audio 3.5mm. Ini kerana Pixel 2 tidak mempunyai port untuk audio tersebut. Pada asalnya, Google menawarkan harga $20 (~RM80) dan ia membuat pengguna berasa marah. Kemudian, Google mengambil keputusan untuk menjual pada harga hanya $9 (~RM39).

Kini, sempena pelancaran Google Pixel 3 yang kurang sebulan sahaja lagi – Google mula menjual penyesuai bicu audio 3.5mm versi baru. Menurut Google, ia lebih sesuai untuk digunakan pada mana-mana model Pixel atau peranti Android yang menjalankan Android 9.0 Pie ke atas.

Selain itu, Google turut mengurangkan panjang kabel penyesuai ini. Penyesuai ini juga turut mempunyai 53% latensi yang lebih rendah dan juga 38% lebih pantas masa audio dimainkan. Harga pula adalah sedikit lebih mahal, di mana Google kini menawarkan pada harga $12 (~RM50).

Ini berkemungkinan sekali adalah penyesuai bicu audio yang turut akan disertakan bersama-sama dengan Pixel 3 dan Pixel 3 XL yang akan dilancarkan pada 9 Oktober kelak.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.