Fungsi “Incognito Mode” pada Google Chrome mungkin bukan sesuatu yang asing bagi kebanyakkan pengguna. Melaluinya, ia membuka sebuah tetingkap pelayar web baru yang tidak menyimpan sebarang sejarah pelayaran, kuki dan input yang dilakukan dalam mod berkenaan.

Terma “Incognito Mode” tersebut sendiri walaupun telah lali dikalangan ramai pengguna pelayar web Chrome, namun ia boleh dikatakan tidak begitu mesra pengguna baru yang tidak mengikuti arena teknologi. Selari dengannya, kini Google sedang menguji penamaan semula yang lebih mesra pengguna – iaitu “Private Mode“.

Beberapa pengguna dilihat telah mula melihat penamaan semula kepada “Private Mode” ini pada pelayar web Chrome di Android.

Ia tidak diketahui lagi sama ada Google akan menamakan mod Incognito ini kepada Private Mode – atau ini hanya sekadar ujian kecil yang sedang dilakukan gergasi carian berkenaan.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.