Google telah melancarkan model generasi kedua skrin pintar Nest Hub mereka hari ini. Dari segi rekaan ia nampak sama tetapi penambahbaikan yang diberikan adalah cukup menarik. Ia kini dilengkapi sensor radar Soli yang sebelum ini digunakan pada Pixel 4. Dengan penggunaan sensor ini muzik, podcast dan video yang dimainkan pada skrin Nest Hub boleh dijeda dengan hanya menunjukkan tapak tangan.

Teknologi yang sama juga digunakan untuk menjejak pola tidur pengguna. Menerusi ciri Sleep Sensing ini, Nest Hub akan sentiasa memantau pengguna yang sedang tidur dan kemudian menganalisa sama ada mereka dapat tidur yang sebaiknya. Selain itu ia boleh membaca pola penafasan dan mengesan sekiranya pengguna terbangun ketika tidur. Apabila mereka bangun keesokan harinya, Nest Hub akan memaparkan statistik tidur mereka. Kesemuanya dilakukan tanpa menggunakan kamera atau peranti boleh-pakai seperti sekarang.

Google tidak pula menyatakan apakah perubahan pada spesifikasi Nest Hub generasi kedua ini. Ia masih dilengkapi skrin 7″ LCD sesentuh yang sama, dijana cip ARM empat teras 1.9GHz, dilengkapi pembesar suara, tiga mikrofon dan pengecas 15W. Setiap Nest Hub dijual pada harga $100 (~RM411) sebuah dengan pra-tempahan dibuka di  A.S., Australia, Jerman, Kanada, U.K., dan Perancis. Warna yang ditawarkan pula ialah Chalk, Charcoal, Sand dan Mist

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.