Berita Menarik

Google Pixel 2 XL Akan Menerima Kemaskini Bagi Menyelesaikan Masalah Paparan Skrin Kurang Bermaya

Pembaca : 7
0 0

Ulasan untuk Google Pixel 2 XL muncul beberapa hari yang lalu. Banyak yang memuji perisiannya yang pantas dan juga kualiti gambar yang terbaik bagi peranti mudah alih. Tetapi semua ulasan juga menyentuh masalah paparan skrin yang sedikit bermasalah.

Antara masalah yang dilaporkan ialah penghasilan semua warna tidak tepat, kurang bermaya dan mempunyai masalah noise apabila dibandingkan dengan skrin SAMOLED peranti Samsung. Google mendengar maklum balas dari ulasan awal ini dan telah mengeluarkan kenyataan bahawa sebuah kemaskini akan diberikan bagi meningkatkan tahap warna skrin sebanyak 10% untuk saturasi lebih tinggi.

Google Pixel 2 XL dihasilkan oleh LG dengan skrin P-OLED. Ia berbeza dengan SAMOLED Samsung yang menggunakan lapisan kaca. P-OLED pula menggunakan lapisan plastik. Ini menjadikan P-OLED lebih mudah lentur bagi untuk skrin melengkung berbanding SAMOLED.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.