Google Pixel 3 Mungkin Akan Menyokong Pengecasan Tanpa Wayar

Minggu lepas, prototaip Google Pixel 3 telah tertiris. Ia membawa rekaan yang hampir sama dengan Pixel 2 dengan panel kaca pada bahagian atas dan juga menggunakan skrin bertakuk. Terkini, kod AOSP terbaru daripada Google menunjukkan sokongan pengecasan tanpa wayar mungkin akan hadir pada peranti generasi baru Google.

<permission android:name="com.google.android.systemui.permission.WIRELESS_CHARGER_STATUS" android:protectionLevel="privileged|signature"/>
<uses-permission android:name="com.google.android.apps.dreamliner.permission.DREAMLINER_SERVICE"/>
<protected-broadcast android:name="com.google.android.systemui.DOCK_IDLE"/>
<protected-broadcast android:name="com.google.android.systemui.DOCK_ACTIVE"/>

Fungsi ini disahkan apabila ahli XDA menemui barisan kod Android yang meminta kebenaran untuk status pengecasan tanpa wayar.

Selain itu, terdapat juga barisan kod yang menyatakan “DOCK_IDLE” dan “DOCK_ACTIVE”. Ini berkemungkinan peranti Google terbaru turut akan menyokong sambungan kepada dermaga. Walau bagaimanapun, kod-kod ini tidak menyatakan peranti manakah yang akan menyokong fungsi-fungsi ini. Ia mungkin akan hadir pada Google Pixel 3 dan Pixel 3 XL atau salah satu daripada kedua ini atau mungkin juga sokongan untuk peranti Google generasi akan datang. XDA menyatakan kod-kod ini diuji secara tertutup oleh jurutera Google.

Jika fungsi ini benar hadir untuk Google Pixel 3, ia pasti akan menjadi peranti Google terbaik dengan ciri/fungsi yang mencukupi untuk peminat gajet seperti saya.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.