Google Pixel 3a Dan 3a XL Diumumkan, Harga Bermula RM1699

Harga Google Pixel 3a Dan 3a XL Malaysia

Akhirnya Google telah melancarkan dua smartphone baru iaitu Google Pixel 3a dan Google Pixel 3a XL. Berbeza dengan smartphone Pixel sebelum ini, model baru ini mengfokuskan pasaran pertenghan dengan harga yang lebih mampu milik di samping mengekalkan beberapa ciri-ciri premium yang terdapat pada Google Pixel 3 dan Pixel 3 XL.

<![CDATA[ ]]>

Perbezaan utama Google Pixel 3a dan 3a XL hanyalah pada saiz skrin dan bateri dimana Pixel 3a hadir dengan skrin OLED 5.6 inci dengan resolusi 1080 x 2220 pixel dan bateri 3000 mAh. Manakala Pixel 3a XL pula hadir dengan skrin OLED 6.0 inci dengan resolusi 1080 x 2160 pixel dan bateri 3700 mAh.

Kedua-dua peranti ini menawarkan pemproses Snapdragon 670 dengan 64 GB memori dalaman serta 4 GB RAM. Namun tiada slot tambahan microSD untuk kedua-dua peranti ini.

Harga Google Pixel 3a Dan 3a XL Malaysia

Untuk kamera, model Pixel baru ini menggunakan modul kamera utama yang sama dengan Google Pixel 3 dengan kamera tunggal 12.2 Megapixel F1.8  di bahagian belakang dengan sokongan Dual-Pixel PDAF, OIS dan rakaman video 4K. Kamera selfie pula hadir dengan lensa 8 Megapixel F2.0.

Tidak seperti Google Pixel 3, siri Pixel 3a dibina dari plastik untuk harga yang lebih mampu milik. Kedua-dua peranti ini juga hadir dengan 3.5mm audio jack, stereo speaker, fungsi Active Edge dan boleh didapati dalam tiga warna pilihan iaitu Just Black, Clearly White Dan Purple-Ish.

Di USA, Google Pixel 3a dijual pada harga USD399 atau sekitar RM1699 manakala Google Pixel 3a XL dijual pada harga USD449 atau sekitar RM1999.

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.