Berita Menarik

Google Pixel Akan Kekal Sebagai Peranti Premium – Tiada Versi Berspesifikasi Rendah Akan Dihasilkan

Pembaca : 12
0 0

Google Pixel dan Pixel XL ialah percubaan pertama Google untuk menghasilkan peranti mereka sendiri. Kesemua aspek peranti dikawal sepenuhnya oleh Google bagi memastikan peranti ini memenuhi piawaian tertinggi. Jelas sekali Google melihat Pixel sebagai jawapan mereka kepada iPhone yang menguasai sektor peranti premium.

Tidak seperti Nexus, tiada versi dengan spesifikasi rendah dihasilkan tahun lalu. Kedua-dua Pixel mempunyai spesifikasi yang sama cuba dengan saiz skrin berbeza. Bagi yang mahukan peranti mampu milik Pixel, anda harus melupakan impian ini.

Rick Osterloh, timbalan presiden bahagian perkakasan Google menegaskan jenama Pixel hanya akan digunakan pada peranti dengan spesifikasi premium menerusi temubual bersama Androidpit. Strategi Google kini menyamai apa yang dilakukan oleh Apple. Apakah pendapat anda tentang keputusan Google untuk tidak menghasilkan peranti mampu milik yang menggunakan jenama mereka sendiri?

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.