Google Pixel Slate Diumumkan – Komputer Dua-Dalam-Satu Berasaskan Chrome OS

Jikalau Microsoft mempunyai Surface Pro, hari ini Google hadir dengan jawapan mereka tersendiri, dinamakan Google Pixel Slate. Pixel Slate merupakan komputer dua-dalam-satu seumpama Surface yang membolehkan pengguna menggunakannya dalam bentuk tablet, atau menghubungkan ia bersama Pixel Slate Keyboard dan menggunakannya sebagai komputer riba.

Google Pixel Slate

Pixel Slate hadir menggunakan skrin 12.3-inci, dijana cip Intel Core i7-8500Y, memori sehingga 16GB RAM, dan dijana sistem operasi Chrome OS. Peranti ini turut menyertakan port USB-C untuk memudahkan anda memindahkan data daripada peranti lain dengan mudah.

Menariknya, Google juga turut menyertakan cip sekuriti dinamakan Titan bersama-sama Pixel Slate – sekaligus menawarkan perlindungan dan sekuriti tambahan kepada penggguna.

Google Pixel Slate

Melengkapkan peranti ini juga adalah sokongan stylus bagi memudahkan anda mencatatkan nota atau membuat lakaran. Ia turut hadir dengan kamera 8-megapixel dihadapan dan belakang bagi memudahkan anda membuat panggilan video, mahupun rakaman gambar.

Buat masa ini, harga jualan Pixel Slate ini masih tidak diketahui. Memandangkan Chrome OS kini turut menyokong aplikasi Android, kita mungkin melihat lebih ramai mendapatkan peranti ini berbanding sebelum ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.