Google hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan perkhidmatan Google Play Music, dan memfokuskan sepenuhnya kepada perkhidmatan YouTube Music.

Google Play Music akan dihentikan operasinya secara berperingkat. Bermula penghujung Ogos ini, pengguna sudah tidak boleh lagi memuat-turun atau memuat-naik lagu melalui Music Manager.

Pada bulan September pula, Google akan mula menghentikan perkhidmatan penstriman bermula di New Zealand dan Afrika Selatan.

Penghentian perkhidmatan penstriman ini akan diteruskan pada peringkat global pada Oktober kelak. Aplikasi dan laman web Google Play Music juga akan ditamatkan pada bulan Oktober. Dan akhir sekali, semua koleksi muzik akan dipadam pada Disember ini.

Bagi anda yang menggunakan YouTube Music, boleh melakukan proses pemindahan dari Google Play Music ke YouTube Music hari ini. Di Malaysia, YouTube Music ditawarkan pada harga RM14.90 sebulan.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.