Berapakah jumlah aplikasi yang terpasang pada peranti pintar anda? Menurut kajian tahun lalu, pemilik peranti mudah alih secara purata memasang 27 aplikasi. Bagi yang memasang lebih banyak dari purata, adalah sukar untuk melihat aplikasi manakah yang paling kerap digunakan menerusi Play Store.

Google Play Store baru sahaja menerima kemaskini dan kini aplikasi yang terpasang peranti boleh disusun mengikut abjad, kekerapan penggunaan, saiz dan kali terakhir ia dikemaskini. Dengan fungsi susunan baru ini, tugas memadam aplikasi yang jarang dipakai akan menjadi lebih mudah. Selain daripada itu antaramuka juga kelihatan lebih kemas.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.