Tahun lepas Google mula mengemaskini Play Store, iaitu gedung aplikasi mereka dengan memaparkan jumlah muat turun ketika mencari aplikasi. Gedung aplikasi Google ini juga menarik seperti mempunyai kemampuan membanding aplikasi, boleh bermain permainan ringkas ketika ketiadaan Internet atau juga mempunyai lencana untuk aplikasi yang diiktiraf.

Terkini, Google mula memaparkan ikon carta menaik atau menurun dalam tab kategori Top Charts. Setiap aplikasi terpilih kini mempunyai indikasi sama ada aplikasi ini sedang meraih perhatian ramai atau semakin hambar ditelan populariti aplikasi lain. Tetapi bagaimana fungsi ini berfungsi masih tidak jelas, seperti bagaimana aplikasi ini dipilih atau diundi – sedangkan Top Charts sudah pun memaparkan aplikasi popular mengikut turutan.

Pada unit ulasan Oppo Reno5 kami, ciri ini sudah muncul dalam Play Store. Ini mungkin adalah kemaskini dari bahagian pelayan, kerana tiada maklumat versi Play Store mana yang menyokong. Peranti kami ini menjalankan versi 23.5.14-21.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.