Google Tipu? Sandaran Tanpa Had Google Photos Pixel 2016 Dilupakan

Google Pixel dan Google Pixel XL adalah peranti pertama siri Pixel. Ia dilancarkan pada tahun 2016 dan adalah peranti Android pertama yang menerima sokongan sandaran Google Photos tanpa had untuk fail resolusi penuh dan yang asli.

Pada Google Pixel 2 dan Pixel 2 XL, Google hanya memberi pengguna sehingga penghujung tahun 2020 untuk membuat sandaran tanoa had buat fail resolusi penuh dan asli. Baru-baru ini di laman Google Store bahagian perbandingan – Google menyatakan Pixel 2016 hanya mempunyai sokongan sandaran ini hingga 2020.

Pixel 2016 seolah dilupakan oleh Google. Selepas pengguna menyedari ini dan melaporkan kepada Google, mereka mengubah had ini semula dan menyatakan di mana hanya Pixel 2016 sahaja tanpa had. Pixel 2 kini menerima sokongan sehingga 2021 dan Pixel 3 pula adalah sehingga 2022.

Selepas capai tarikh ini, sandaran akan ditukar kepada sandaran tanpa had dengan resolusi tinggi yang telah Google ubah.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.