Google Translate Versi iOS Kini Menyokong Percakapan Menggunakan Dialek Berbeza

Dengan Google Translate, berbual dalam bahasa asing menjadi lebih mudah ketika di luar negara. Kami kerap kali menggunakan aplikasi ini apabila ke Sepanyol ketika menghadiri acara MWC. Tetapi anda mungkin menyedari bahasa Inggeris, Sepanyol dan Perancis mempunyai dialek berbeza. Jadi adalah aneh menggunakan dialek Mexico ketika di Sepanyol.

Aplikasi Google Translate versi iOS telah dikemaskini dengan sokongan dialek berbeza. Pengguna boleh memilih dialek England, Amerika Syarikat, India, Australia dan Ireland untuk bahasa Inggeris. Dialek Sepanyol dan Mexico untuk bahasa Sepanyol. Bahasa Perancis pula pengguna boleh memilih dialek Kanada atau Sepanyol.

Dengan pilihan dialek berbeza ini, menggunakan mod perbualan akan kedengaran lebih semula jadi kerana boleh difahami penduduk negara tersebut. Dengan kemaskini akhirnya fungsi versi iOS kini setanding dengan versi Android.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.