Grab Akan Memulangkan Semula Komisen Berlebihan Yang Dikenakan Pada Pemandu

Dua minggu lalu Kementerian Pengangkutan mengingatkan syarikat seru-pandu supaya tidak mengenakan komisen melebihi 20% seperti yang telah ditetapkan sebelum ini. Peringatan diberikan selepas beberapa syarikat seru-pandu dilihat mengenakan komisen yang yang lebih tinggi ke atas pemandu mereka.

Menurut laporan The Star, Grab akan memulangkan semula komisen tambahan 5% yang dikenakan oleh mereka ke atas pemandu yang melakukan penerimaan tempahan seru-pandu secara manual selepas 11 Julai. Komisen ini akan dipulangkan bermula 5 Ogos. Bagi memastikan kesaksamaan, kini semua pemandu diwajibkan menerima kesemua seru-pandu secara automatik.

Grab berkata hampir 20% pemandu memilih menerima tempahan secara manual. Komisen tambahan 5% diperkenalkan oleh Grab bagi melindungi dan memberikan pampasan kepada pemandu lain apabila tempahan dibatalkan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.