Grab dan Fave Mengumumkan Kerjasama – Membolehkan Penggunaan GrabPay Di Kedai Rangkaian Fave

Grab merupakan salah satu syarikat yang menggunakan platform O2O (Offline to Offline) untuk servis perkhidmatan di mana pengguna boleh membuat penempahan perjalanan setiap hari ke destinasi yang diingini. Perkhidmatan ini lazim digunakan di bandar-bandar di Malaysia. Manakala, Fave pada awalnya syarikat yang memfokuskan kepada kecergasan menerusi nama asalnya KFit, kini telah menawarkan promosi kupon untuk pelbagai jenis kedai-kedai di Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Kini, Grab mengumumkan kolaborasi syarikat mereka bersama Fave. Ketika pengumuman berkenaan, kedua-dua syarikat menyatakan tujuan kolaborasi mereka adalah untuk meningkatkan pertumbuhan Malaysia dan Singapura. Hasil kerjasama ini, terdapat perkongsian strategi di mana ia dapat menggabungkan kehebatan kedua-dua syarikat itu. Umumnya, Grab mempunyai pangkalan pengguna yang besar dan pembangunan ekosistem yang baik. Jadi dengan kolaborasi ini, ia dapat digabungkan bersama rangkaian pengedar milik Fave.

Pada Oktober ini, Fave akan mengembangkan platformnya bersama dompet digital GrabPay. GrabPay ialah ciri yang membolehkan pengguna membuat pembayaran secara nirtunai di kedai-kedai seluruh negara yang menerimanya. Ini adalah integrasi pertama dalam aplikasi rakan kongsi untuk Grab Platform dan menggariskan tarikan pengguna Grab dan saluran pengedaran terbesar di Asia Tenggara.

GrabPay

Untuk para pengguna, dengan kerjasama ini, kini anda boleh menggunakan GrabPay di ribuan restoran dan kedai-kedai di rangkaian Fave. Fave juga turut menawarkan pelbagai jenis tawaran kepada pelanggan dan mereka boleh menikmati diskaun serta pulangan balik daripada tawaran ini. Usaha kerjasama lebih lanjut akan difokuskan untuk mengintegrasikan lebih banyak perkhidmatan di kedua-dua platform, termasuk FaveDeals, tawaran Fave, dan platform pulangan balik, perkhidmatan pembayaran kod QR GrabPay dan program kesetiaan GrabRewards.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.