Grab, salah satu syarikat yang popular dengan penawaran perkhidmatan seru-pandu dan penghantaran makanan yang popular di Asia Tenggara, sedia diperkatakan sebelum ini yang ingin melakukan IPO (Tawaran Awam Awal).

Terbaru, melalui laporan Bloomberg, Grab dikatakan ingin mempercepatkan lagi proses IPO mereka melalui SPAC – sekaligus mendapatkan lebih pendanaan untuk terus memperluaskan penawaran perkhidmatan mereka.

SPAC adalah salah satu syarikat sementara yang ditubuhkan dengan fokus untuk mengambil-alih syarikat lain. Ia sering ditubuhkan oleh pelabur dengan tujuan untuk hanya mengumpulkan duit melalui IPO, dan seterusnya mengambil-alih sesuatu syarikat – dan dalam kes ini, ia adalah Grab.

Proses ini adalah dikatakan lebih pantas untuk penawaran awam, berbanding dengan proses biasa sesuatu syarikat dalam melalui fasa sehingga berjaya melakukan IPO.

Pada masa yang sama, dengan melalui proses ini, ia dikatakan membolehkan sesuatu syarikat untuk meminta penilaian mereka tersendiri daripada pelabur SPAC – berbanding kebiasaan.

Selain Grab, sebelum ini ia diperkatakan Traveloka turut sedang melihat ke arena sama, selain Gojek dan Tokopedia. Buat masa ini, Sea yang merupakan sebalik Shopee sedia membuat penawaran awam mereka tersendiri, dan merupakan antara saham syarikat internet di rantau Asia Tenggara yang bernilai.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.