Grab Malaysia Menyasarkan Pengenalan Sejumlah Perkara Menjelang 2019 – Termasuk GrabClub

Grab baru-baru telah berkongsikan perjalanan mereka sepanjang tahun 2018 ini bersama rakan media di pejabat induk, Grab Malaysia. Antara yang digariskan adalah mereka telah melancarkan beberapa ciri sepanjang tahun ini, iaitu Everyday App, GrabFood, GrabPay dan penggunaan tagar #BreaktheSilence bagi program bersama pemandu kalangan orang pekak.

Menjelang tahun 2019, Grab kini lebih berkomitmen dalam meneruskan perkhidmatan mereka dengan menawarkan pelbagai khidmat yang lebih baik dan bermanfaat kepada semua pihak. Mereka telah klasifikasikan pelan ini kepada tiga kategori iaitu faedah kepada pemandu, faedah kepada pengguna dan faedah kepada masyarakat. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, di mana Grab Membuka Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di Malaysia dengan memberi tumpuan kepada pembangunan, peningkatan ciri komunikasi masa-nyata, memanfaatkan kepakaran teknologi tempatan dan disamping meningkatkan lagi penjanaan pendapatan negara.

Grab R&D

Melalui faedah pemandu pula, Grab akan memulakan platform inovasi keselamatan lebih terperinci kepada pemandu supaya dapat mempersiapkan diri mereka daripada perkara yang tidak diingini. Selain itu, ciri GrabBenefits – program khas untuk kelebihan yang mampu dinikmati oleh pemandu. Faedah untuk pengguna pula adalah seperti GrabClub – pas masuk bulanan baru untuk membantu pengguna lebih jimat sewaktu memulakan perjalanan. Pengguna juga akan melihat pelbagai pembaharuan ciri baru mengikut keperluan semasa dalam aplikasi Grab.

GrabClub Malaysia

Menerusi taklimat Sean Goh – Pengurus Grab Malaysia, Grab telah menunjukkan hampir 80% rakan kongsi pemandu menambah pendapatan secara sambilan melalui platform ini. Malah, Grab turut menyumbang sebanyak 25% ke atas bagi pendapatan isi rumah pemandu yang terlibat secara sambilan. Purata ini menunjukkan impak yang positif platform ini kepada orang ramai.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.