Grab Memulakan Pendaftaran Untuk Program Rintis GrabBike – Perkhidmatan Teksi-Motosikal

Kerajaan telah pun mengumumkan sebelum ini yang mana mereka akan memulakan program rintis penawaran perkhidmatan seru-motosikal pada awal 2020 kelak. Selari dengannya, kini pihak Grab telah pun membuka pendaftaran untuk rakan-penghantar bagi program GrabBike.

Melalui GrabBike, penunggang motosikal boleh menawarkan perkhidmatan seru-motosikal atau teksi-motosikal – sekaligus menghantar pengguna ke destinasi yang ingin dituju.

Grab membuka pendaftaran untuk rakan-penghantar ini sehingga 2 Disember 2019 kelak, dan latihan khas untuknya akan dimulakan pada Disember 2019 ini – sebelum perkhidmatan berkaitan dimulakan kepada pengguna umum pada Januari 2020 kelak.

Bagi mereka yang terpilih untuk membawa GrabBike ini, selain untuk menghantar pengguna ke destinasi, mereka juga turut boleh menerima penghantaran pesanan GrabFood.

Buat masa ini, penyedia perkhidmatan lain masih belum membuka pendaftaran berkaitan penawaran perkhidmatan seru-motosikal ini, dan ia dilihat GrabBike adalah antara perkhidmatan terawal akan ditawarkan pada Januari 2020 kelak.

Daftar : GrabBike

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.