Grab Mengingatkan Pengguna Bahawa Peraturan Seru-Pandu Akan Dikuatkuasakan Pada 12 Oktober – Pemandu Akan Lebih Sukar Untuk Didapati

Undang-undang berkenaan industri seru-pandu yang sepatutnya berkuat-kuasa pada 12 Julai tahun ini telah ditunda oleh Kementerian Pengangkutan kepada 12 Oktober, dimana ia akan berlaku dalam dua hari lagi.

Grab, sebagai pengendali perkhidmatan seru-pandu terbesar di Malaysia, baru sahaja mengeluarkan pengumuman bahawa undang-undang tersebut akan dikuatkuasakan sekali lagi pada tarikh yang disebutkan, dan terdapat kemungkinan besar bahawa pemandu seru-pandu akan semakin sukar didapati oleh orang ramai.

Melalui satu lagi kenyataan dari mereka, jumlah pemandu Grab yang sah di jalan raya sekarang ialah seramai 61,500 orang, iaitu 41 peratus daripada 150,000 orang pemandu sebelum undang-undang ini dikuatkuasakan. Mereka turut berkata bahawa seramai 36,000 orang lagi sedang menunggu untuk kelulusan ujian lesen PSV (Public Service Vehicle) mereka.

Buat masa ini, Grab menyarankan pengguna untuk menempah kenderaan lebih awal, atau bergerak pada waktu-waktu bukan puncak, iaitu selepas 7-9 pagi dan sebelum atau selepas 5-8pm.

Untuk penjelasan lebih lanjut daripada Grab mengenai isu ini, anda boleh melawati laman web mereka di sini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.