Grab Umum Waktu Operasi Baru – Sehingga 12 Tengah Malam Untuk GrabFood, Sehingga 11 Malam Untuk GrabCar

Grab hari ini telah memulakan waktu operasi baru, selari dengan pembukaan beberapa sektor ekonomi di beberapa buah negeri. Perubahan baru ini memberikan kesan terhadap operasi GrabFood, GrabMart dan juga GrabCar, selain GrabExpress.

Untuk GrabExpress yang memfokuskan perkhidmatan penghantaran dokumen dan barangan, ia akan beroperasi antara pukul 8 pagi sehingga 8 malam di Semenanjung Malaysia, 8 pagi hingga 6 petang di Sabah, dan 8 pagi hingga 7 petang di Sarawak.

Untuk GrabFood dan GrabMart pula, ia beroperasi antara pukul 7 pagi hingga 12 tengah malam di beberapa bandar utama, dan berbeza mengikut negeri. Sebagai contoh, hanya antara 3 petang ke 6.30 petang di Kelantan. Anda boleh menyemak perubahan waktu ini di aplikasi utama Grab hari ini.

Untuk GrabCar pula, kebanyakkan lokasi beroperasi antara 6 pagi ke 11 malam.

Perubahan waktu operasi ini adalah kerana Perintah Kawalan Pergerakan Syarat bermula 4 Mei 2020 yang memperlihatkan peningkatan akan meningkat lebih tinggi berbanding kebiasaan. Grab turut menekankan yang mana pelanggan mungkin mengambil masa sedikit lama berbanding kebiasaan untuk perkhidmatan berkenaan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*