OKU yang menggunakan kerusi roda tidak memerlukan belas kasihan dari masyarakat. Mereka hanya memerlukan prasaran yang memudahkan mereka berdikari serta polisi yang mesra dengan fizikal mereka. Di Singapura, GrabAssist Plus akan ditawarkan bermula 8 Februari ini dengan penawaran kenderaan seru pandu yang mesra kerusi roda.

Sebanyak 15 kenderaan SMRT Taxis boleh diseru menggunakan GrabAssist Plus. Kesemuanya mesra OKU yang membolehkan penumpang menggunakan kenderaan tanpa perlu keluar dari kerusi roda yang dinaiki. Pemandu juga telah dilatih supaya boleh memberikan bantuan sekiranya diperlukan.

Pada waktu ini GrabAssist Plus akan ditawarkan kepada yang ingin pergi atau pulang dari Hospital Tan Tock Seng dan Hospital Besar Singapura. Sebelum ini di Singapura, GrabAssist ditawarkan untuk pengguna kerusi roda dan OKU penglihatan yang ingin membawa anjing pemandu. Perbezaan hanyalah pada kenderaan GrabAssist Plus yang tidak memerlukan penumpang turun dari kerusi roda.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.