GrabClub Diperkenalkan – Langganan RM50 Sebulan Yang Menawarkan Penjimatan Untuk Grab Dan GrabFood

Grab hari ini telah memperkenalkan GrabClub dalam bentuk ujian rintis untuk pengguna Malaysia, sekaligus membolehkan pengguna tempatan untuk membuat langganan bulanan pada harga RM50 sebulan.

GrabClub Malaysia

Dengan langganan ini, pengguna boleh menikmati diskaun RM4 untuk perjalanan sekitar Lembah Klang sebanyak 15 kali dalam bulan berkenaan, selain penghantaran makanan percuma sebanyak 10 kali untuk penggunaan sekitar Lembah Klang.

Buat masa ini, hanya satu pelan ini sahaja ditawarkan untuk pengguna tempatan.

Bagi anda yang berminat, boleh melanggan GrabClub ini dengan log masuk ke Grab, memilih GrabClub pada menu, dan seterusnya membuat langganan. Pengenalan GrabClub ini mungkin agak berguna bagi pengguna aktif Grab bulanan, sekaligus membolehkan anda sedikit berjimat berbanding kebiasaan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.