GrabFood Kini Membenarkan Pesanan Makanan Dari Pelbagai Restoran Serentak

Dengan perkhidmatan GrabFood, pelbagai jenis makan enak dapat berada di hujung jari. Tetapi sistem yang digunakan mereka selama ini hanya membenarkan satu pesanan dilakukan dari sebuah restoran. Pengguna terpaksa menunggu makanan pertama dihantar sebelum dapat melakukan pesanan seterusnya.

Hari ini kami menyedari GrabFood mula membenarkan pesanan dari pelbagai restoran secara serentak. Apabila aplikasi Grab dibuka dan menu Food dipilih, notifikasi di atas akan dipaparkan pada skrin. Ini meletakkan GrabFood setanding dengan FoodPanda yang telah lama membenarkan multi-pesanan pada masa yang sama.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.