TechSemut Malaysia

Great Scott!!! Kasut Nike Bertali Automatik ‘Back to the Future’ akan berada Dipasaran Pada 28 November

Great Scott!!! Kasut Nike Bertali Automatik ‘Back to the Future’ akan berada Dipasaran Pada 28 November

Great Scott!!! Kasut Nike Bertali Automatik ‘Back to the Future’ akan berada Dipasaran Pada 28 November
Januari 26
15:23 2017

Nike HyperAdapt 1.0 akhirnya mempunyai tarikh keluaran, kasut yamg mempunyai tali kasut yang boleh diikat secara automatik akan berada dipasaran kepada pembeli di Amerika Syarikat pada 28 November ini.

103477538-nike-1910x1000

Kasut HyperAdapt 1.0 bermula sebagai satu projek untuk memperingati Back to the Future pada 21 Oktober 2015, yang merupakan tarikh yang Marty McFly dan Doc Brown mendarat melalui mesin masa DeLorean mereka pada filem Back to the Future II. Tetapi tiada berita mengenai kesinambungan projek ini selepas itu.

Kasut ini kemudian dihidupkan semula pada bulan Mac, apabila Nike melancarkan HyperAdapt 1.0. Tiada harga telah lagi didedahkan ketika ini, dengan tarikh keluaran dikatakan di penghujung tahun ini.

nike-hyperadapt-1-0-earl-self-lacing-sneakers-tinker-hatfield-interview-designboom-06

Nike kini telah mengeluarkan tarikh pelancaran HyperAdapt 1.0 daripada 28 November, walaupun kasut hanya boleh didapati pada lokasi-lokasi terpilih.

Apabila pertama kali diumumkan pada bulan Mac lepas, Nike HyperAdapt 1.0 tidak menyerupai  Air Mag yang asal seperti didalam filem tetapi kasut ini mempuyai teknologi ikatan tali kasut automatik dengan sendiri.

2015-nike-mag-02_original

Pereka kasut Nike terserbut Tiffany Beers menjelaskan, apabila anda memakai kasut tersebut, sensor di tumit akan mengaktifkan lace engine yang mengetatkan kasut anda di sekeliling kaki sehingga ia mengesan tahap ketegangan yang tertentu. Terdapat butang di tepi kasut bagi membolehkan melaraskan ketegangan dengan sempurna.

Bateri yang digunakan untuk kuasa lace engine akan bertahan secara purata kira-kira dua minggu. Lampu terbina di dalam kasut akan memberitahu anda apabila ia adalah masa dicas melalui magnetic charging pucks. Untuk cas yang penuh, perlu mengambil masa lebih kurang tiga jam untuk kembali berfungsi sepenuhnya.

nike-auto-lacing-hyperadapt-1-0

Harga masih belum diketahui walaupun kebanyakan menganggap kasut ini tidak akan berharga murah. Anda juga akan perlu untuk membuat temujanji untuk datang ke kedai Nike untuk mencuba  dan membelinya. Dan seperti yang diperkatakan diatas, kasut ini mungkin hanya berada dipasaran Amerika Syarikat sahaja.

SUMBER 1 dan 2

1703164dc4e738fmed

sumber : http://techoais.com/

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com