TechSemut Malaysia

Green Coffee, boleh kurangkan berat badan ataupun tidak?

Green Coffee, boleh kurangkan berat badan ataupun tidak?

Green Coffee, boleh kurangkan berat badan ataupun tidak?
Mei 03
06:41 2017

Ada pertanyaan di twitter berkenaan dengan ‘Green Coffe’ ataupun kopi hijau sebagai cara untuk mengurangkan berat badan.

Ini adalah jawapan kami

Green coffee ataupun kopi hijau adalah berbeza daripada kopi biasa kerana ia tidak dibakar. Kopi hijau dikatakan tinggi dengan chlorogenic acid iaitu merupakan salah satu kompaun aktif di dalam kopi selain caffeine. Kompaun inilah yang dikatakan mampu menurunkan berat badan seseorang. Malah ada kajian preliminary yang menunjukkan ia boleh mengawal kencing manis dan darah tinggi pada haiwan.

Kopi hijau yang belum lagi dibakar

Ketika proses pembakaran kopi, kompaun chlorogenic acid ini dikatakan terurai membuatkan kesannya berkurangan. Bahkan pembakaran kopi juga dikatakan menghasilkan kompaun lain iaitu hydroxyhydroquinone yang merencat tindakan chlorogenic acid secara ‘in vivo’. Oleh sebab itu, para pembuat makanan kesihatan(supplement) selalu menggunakan kopi hijau dan mengekstrak bahan-bahan di dalamnya. Mereka tidak menggunakan kopi yang dibakar

Di US, ekstrak kopi hijau telah dikenali sebagai salah satu supplement yang dikatakan boleh menurunkan berat badan. Ia menjadi terkenal apabila salah seorang Doktor perubatan yang mengendalikan satu rancangan bernama ‘The Dr Oz show’ memperkenalkan produk tersebut. Ia terkenal sehingga mana ada syarikat-syarikat di US ‘overclaimed’ bahawa produk mereka boleh merawat kencing manis, darah tinggi, menurunkan berat badan dan lain-lain lagi.

Dr Oz mengatakan produk supplementnya iaitu extract green coffee boleh menurunkan berat badan tanpa bersenam

Disebabkan perkara tersebut, salah satu badan kerajaan di US yang memperjuangkan hak pengguna telah menyiasat perkara ini. Badan ini adalah ‘Federal Trade Commission’. Mereka telah saman beberapa syarikat yang mengeluarkan supplement ini kerana telah mengatakan produk mereka mampu mengubati pelbagai penyakit.

Kenyataan FTC yang telah menyaman Syarikat ‘Applied Food Science’

Bukan setakat itu, Dr Oz juga telah panggil oleh senat di US disebabkan dia telah mempromosi produk-produk supplement tersebut dan mengatakan ia boleh menurunkan berat badan.

Dr Oz ketika mana disoal oleh senat

Chlorogenic acid

Chlorogenic acid merupakan kombinasi dua kompaun iaitu caffeic acid dan quinic acid. Majoriti kompoun Chlorogenic acid diuraikan sebelum sampai ke usus. Ini membuatkan kandungan chlorogenic acid dalam darah sangat rendah.


Apa yang diserap oleh usus adalah kompaun-kompaun chlorogenic acid yang telah terurai seperti ferulic acid, hippuric acid, caffeic acid dan quinic acid. Dan dikatakan kompaun-kompaun inilah yang memberi kesan kepada manusia

Jika ia sampai ke usus, ia boleh menyekat penyerapan zinc dan zat besi.

Kopi hijau boleh menurunkan berat badan.

Terdapat banyak kajian yang menunjukkan kopi hijau boleh menurunkan berat badan. Tetapi yang menjadi masalah kepada kajian tersebut adalah ia menggunakan jumlah sampel yang kecil, cara membuat kajian yang salah, masa kajian yang pendek dan beberapa kelemahan lagi.

Ini membuatkan saranan untuk mengurangkan berat badan dengan pengambilan ekstrak kopi hijau masih lagi dalam dilemma.

Kajian yang lebih mampan menggunakan cara yang betul dan masa yang lebih lama diperlukan. Buat sementara waktu ini kepercayaan bahawa kopi hijau boleh menurunkan berat badan adalah masih tidak berasas.

Lagi-lagi jika mereka jual green coffee sahaja. Sebab kajian yang dibuat hanya pada ‘ekstrak’ green coffee. Bukan kopi hijau sahaja

Boleh rujuk kajian berkenaan perkara tersebut pada link ini

Jika anda rasa perkongsian ini bermanfaat, sila like page kami root of science

Jangan lupa follow twitter penulis artikel ini

sumber : rootofscience.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com